Biskop Agung
Emeritus Desmond Tutu atau nama penuhnya Desmond Mpilo Tutu dilahirkan pada
1931 di
Klerksdorp,
Transvaal. Bapanya adalah seorang
guru. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di
Johannesburg Bantu High School,
Johannesburg. Selepas meninggalkan alam persekolahan, beliau bertugas sebagai seorang
guru seperti bapanya. Pada
1954 beliau menjadi graduan
University of South Africa. Selepas tiga tahun sebagai guru sekolah menengah tinggi beliau mula belajar ilmu
teologi dan pada
1960 beliau dilantik sebagai seorang
paderi. Antara tahun
1962 dan
1966, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di
England dan akhirnya mendapat ijazah
Sarjana dalam Teologi. Dari tahun
1967 hingga
1972, beliau mengajar
teologi di
Afrika Selatan sebelum pulang ke England selama tiga tahun sebagai Timbalan Pengarah sebuah institut teologi di
London. Pada
1975 beliau dilantik sebagai
Dekan St. Mary's Cathedral di
Johannesburg, orang kulit hitam pertama menyandang jawatan tersebut. Antara
1976 dan
1978 beliau menjadi
Biskop di
Lesotho, dan pada
1978 orang kulit hitam pertama yang dilantik sebagai Setiausaha Jeneral
Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan. Tutu juga seorang doktor terhormat bagi beberapa universiti terunggul di
AS,
Britain dan
Jerman.Objektif Desmond Tutu ialah untuk menubuhkan sebuah "masyarakat
demokratik dan adil tanpa perbezaan kaum", dan beliau telah menuntut:1.
hak kemanusian yang saksama2. pemansuhan
undang-undang paspot untuk
rakyat kulit hitam di Afrika Selatan3. sistem
pendidikan kebangsaan4. memberhentikan pembuangan negeri rakyat kulit hitam ke kawasan-kawasan "
homelands"Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan merupakan sebuah organisasi "contact" yang berhubung dengan gereja-gereja di Afrika Selatan dan berperanan sebagai jawatankuasa kebangsaan bagi
Majlis Gereja Sedunia. Namun demikian, gereja-gereja
Boer telah berpisah dari organisasi tersebut kerana komitmen organisasi ini terhadap pembasmian
aparteid. Dianggarkan 80 peratus ahlinya berkulit hitam, dan mereka kini memegang jawatan yang penting di dalam
kerajaan.Selepas kerajaan regim aparteid digulingkan pada
1994,
Nelson Mandela telah memberi penghargaan kepada Desmond Tutu dengan melantikannya sebagai ketua suruhanjaya "Truth and Reconciliation".Tutu menentang penindasan rakyat
Palestin oleh regim
Yahudi di
Israel dan menganggapnya sebagai satu bentuk
aparteid. Beliau telah berulangkali memujuk
kerajaan Israel untuk menghormati harga diri rakyat
Palestin, sama ada beragama
Islam mahupun
Kristian. Pada tahun
2003, beliau menjadi penaung "Sabeel Ecumenical Liberation Theology Center" di
Jerusalem.Beliau juga mengkritik pelanggaran
hak asasi manusia di
Zimbabwe, dan memanggil presidennya
Robert Mugabe sebagai seorang
diktator, dan menentang sokongan diplomasi Afrika Selatan terhadap negara tersebut.